BRAND DARA ANGGUN,

GLOW GLOWING PEK TERBARU 2017

Friday, June 10, 2016 Zuraini Muhammad 0 Comments

Assalammualaikum dan Salam sejahtera ...kepada sesiapa sahaja yang masuk ke blog saya. Selamat datang ke KEDAI KOSMETIK ONLINE.

Hi korang...setelah sekian lama glow glowing berada dipasaran terdapat banyak tohmahan yang dilemparkan...ada yang kata glow glowing tidak selamat la...ada yang kata glow glowing ada merkuri la...tapi sehingga kini nama glow glowing tetap gah di hati pengguna. Buktinya masih ramai pengguna setia glow glowing yang masih membeli dengan saya

Produk penjagaan muka glow glowing adalah merupakan salah satu produk yang banyak permintaan sehingga kini. Harini ni saya update entry ni balik sebab glow glowing telah tukar packaging baru yang lebih cantik ( cer tengok gambar tu...hehehe) Dalam 1 set ada 5 barang ya...sebab tu dia bagi nama GLOW GLOWING EXC 5IN1  hehehe...

OK...sebelum saya terlupa...saya nak review sikit pasal GLOW GLOWING EXC 5IN1  menurut testimoni pengguna-pengguna tegar set ini. Set ini membantu mereka yang mempunyai masalah kulit kusam,jeragat,sunburn,jerawat dan parut jerawat yang susah nak hilang tu. Kesan seawal 7 hari dapat dilihat dengan penggunaan yang betul dan konsisten. 

Ingin di ingatkan disini...Toner tidak perlu dipakai terlalu kerap kerana takut akan melukakan kulit wajah korang. Sebab kita ni berbeza jenis kulit setiap orang...so,pandai pandai korang nak rasa macamana...Kalau rasa kulit korang jenis nipis korang perlu skip-skip guna toner tu hokeyyy

Kalau korang perasan dekat dalam set ni bila korang beli mesti ada kit @ pemplet untuk ajar cara macamana nak guna...so ...korang perlu ikut cara yang di ajarkan tu bagi mencapai kesan yang korang nak...

GLOW GLOWING PEK TERBARU

Apa yang terkandung dalam set GLOW GLOWING EXC 5IN1  ni ?
Dalam set glow glowing 5in1 ni ada 3 jenis krim muka,1 sabun dan 1 toner. 2 jenis krim untuk malam dan 1 krim untuk siang. Baca betul-betul ya...2 jenis krim untuk malam tu digunakan berselang seli...3 hari guna satu jenis krim dan selepas 3 hari diikuti dengan satu lagi jenis krim itu...Berselang seli sehingga habis...Kalau boleh sepanjang penggunaan jangan malas malas nak tepek...nak cantik kena rajin ye...hehehe

Krim siang tu korang boleh guna masa lepas mandi sebelum nak pergi kerja tu...kalau korang jenis pakai mekap tebal-tebal korang takde masalah nak pakai krim ni...korang boleh sapu nipis-nipis je...untuk melindungi kulit korang dari sinar UV yang bertebaran kat luar sana ok...Sabun pula korang boleh guna macam biasa...Bila mandi nak cuci muka korang guna la sabun tu...Dan toner pula guna lepas korang cuci muka tu...dah lap kering kering dengan tuala bersih korang dap dap kan toner tu sikit kat muka bagi tutup semua pori-pori muka yang terkangkang luas tu... Ingat!!! dap dap je...tak usah tonyoh kuat kuat...kang koyak rabak pula kulit korang yang halus mulus tu...

Jom kita cerita pasal fungi semua yang terdapat dalam set ni :
1)      COLLAGEN GLUTA Q 10 SOAP
~Membersih kulit wajah
~Menanggalkan sel2 kulit mati
~Menegangkan kulit wajah dan melembapkan kulit
~Wajah akan terasa bersih, segar dan bermaya
~Menghaluskan dan mencerahkan kulit
~Mengurangkan kedutan/ garis penuaan
~Dengan collagen gluta Q 10 soap wajah akan kelihatan muda setiap masa

2)     PINKY BEAUTY CREAM
~Melindungi kulit wajah dari sinar uv
~Menghilangkan flex hitam
~Menjadikan tonasi kulit lebih sekata
~Menghalus & melicinkan kulit

3)     NIGHT GLOW
~Menghilangkan flek hitam
~Menjadikan tonasi kulit lebih sekata
~Menghalus, melicinkan dan mengebukan kulit wajah
~Mengurangkan kedutan/ garis penuaan

4)     NIGHT GLOWING
~Mencerahkan kulit wajah
~Mengecilkan lubang pori-pori
~Menghaluskan kulit wajah
~Mengurangkan parut jerawat & jeragat
~Merawat kulit yang bermasalah

5)     TREATMENT TONER
~Dapat membantu menganjalkan kulit
~Mengurangkan jeragat dan kesan 

Kepada korang yang nak mencuba produk glow glowing ni saya nak habaq kat korang produk ni ada dalam 2 size taw...Satu 5in1 dan satu lagi 4in1...bezanya cuma 5in1 ada treatment toner...Kalau korang jenis kulit kering better korang pilih yang 4in1 sebab takut tomer tu tak sesuai dengan korang dah jadi kes membazir pula nanti kan...

 GLOW GLOWING PEK TERBARU


Apa-apapun keputusan terletak pada tangan korang. Terpulang pada korang nak pilih mana satu...saya cuma bagi cadangan sahaja...Ha...ni lagi satu lupa nak bagitahu pada yang belum tahu jela...duta glow glowing ni pelakon sheera iskandar tu taw...dulu muka dia teruk...sekarang dia pun dah jadi pengguna setia glow glowing...Elok dah muka dia sekarang...Tq ya baca review saya...

Wassalam

BUAT JENAMA SENDIRI


-

-
-
-
-
Korang kalau nak beli boleh terus tekan icon whatsapp kat bawah ni ya saya tungguuuu...hehehe
Wassalam

KLIK SEKARANG UNTUK ORDER ( KEDAI KOSMETIK ONLINE)

0 comments: