TESTIMONI PEMBELI

SELAMAT DATANG KE KEDAI KOSMETIK ONLINE MALAYSIA

Saturday, July 01, 2017 Zuraini Muhammad 0 Comments

Assalammualaikum gojesss...
Rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang tersesat masuk ke Kedai Kosmetik Online ni...Bulan ini genap setahun blog ini beroperasi sebagai tempat jual beli online pelbagai produk kosmetik,kesihatan,kecantikan untuk wanita,lelaki dan kanak-kanak...Lebih 700 produk kecantikan dan kesihatan yang telah saya update disini dan saya akan terus update untuk kemudahan korang semua membeli
SELAMAT DATANG KE KEDAI KOSMETIK ONLINE MALAYSIA
~ It's me...Kalau jumpa kat mana-mana tegur la ye...hehehe ~

Kebanyakan produk yang saya paparkan di blog ini adalah produk kecantikan malaysia dan ada juga yang dari luar. Biasanya produk yang ramai orang beli adalah produk kecantikan artis malaysia hehehe...Saya pun tak begitu pasti kenapa produk yang diasaskan oleh artis semakin mendapat tempat dihati pelanggan sekarang ini...mungkin kerana kuasa populariti ataupun sememangnya produk itu sesuai dengan pengguna...wallahualam

Kebelakangan ini terlalu banyak produk yang keluar sampaikan tak tahu nak pilih yang mana dan kebnyakkannya produk kecantikan ada kelulusan kkm bagi menyahut seruan kerajaan Malaysia yang mengarahkan untuk memilih produk yang ada kelulusan KKM bagi menjamin keselamatan

Setakat ini ada pelbagai produk yang telah saya jual dan korang boleh tengok sendiri disini. Saya berusaha untuk memberi info yang lengkap berkaitan produk dan akan memperbaiki setiap kelemahan setiap masa.

Buat pengetahuan semua,disini saya akan jelaskan bahawa saya hanya berurusan secara online sahaja....Tiada sebarang COD @ self pickup dalam urusniaga saya. Saya berniaga secara telus dan efisyen. Setiap order saya saya terima sebelum pukul 12 tengahari akan saya proses pada hari yang sama

Kebiasaannya customer akan direct whatsapp saya jika nak beli produk yang saya jual dan saya akan beritahu harga dan stok...Kadang-kadang ada yang tanya tetapi selepas seminggu baru nak bankin duit tiba-tiba stok dah habis...Ini kes yang selalu saya hadapi...Setakat ini Alhamdulillah saya belum pernah dapat customer yang tidak memahami. Semua yang berurusan dengan saya baik hati...mereka faham kalau saya terpaksa refund balik duit mereka gara-gara kehabisan stok

Sebagai langkah berjaga-jaga korang dinasihatkan kalau nak bankin duit tolong tanya dulu sebab saya takut stok habis saya terpaksa pulangkan duit...Kelemahan saya adalah takut mengecewakan customer...Tak tahu nak buat ayat nak bagitau customer stok habis huhuhuhu

Proses barang sampai ke tangan customer bergantug pada perkhidmatan pos laju @ skynet @ citylink yang saya guna. Tugas saya adalah proses order customer setiap hari dan post out hari yang sama kalau customer bankin sebelum pukul 12 tengahari. Kalau bankin selepas pukul 12 saya akan pos the next day delivery. Biasanya kalau semenanjung akan ambil masa sehari dua dan sabah/sarawak akan ambil masa dua @ tiga hari bergantung pada efisyennya syarikat kurier tersebut

Barang yang telah di post out adalah tanggungjawab sendiri. Saya tidak akan bertanggungjawab atas mana-mana masalah yang tiada kaitan dengan saya seperti barang hilang,pecah dan sebagainya kerana saya akan pastikan proses pembungkusan dan penghantaran mengikut piawaian yang ditetapkan oleh syarikat kurier bagi memastikan order korang dapat sampai ke tangan korang dengan jayanya dan korang akan tersenyum lebar terima barang korang hehehe...

Tapi korang jangan risau sebab setakat setahun saya beroperasi belum pernah ada kes seperti yang saya sebutkan di atas...Kebanyakkannya berpuas hati dengan "performance" saya as seller. Banyak sebenarnya screenshot yang boleh saya tunjukkan sebagai bukti customer terima barang dan berpuashati dengan servis saya tapi saya tak dapat nak share banyak-banyak kat sini sebab saya takut nanti blog ni terlalu berat dengan gambar nanti jadi terlalu lama loading(kalau orang yang dah biasa berblog akan faham gambar yang terlalu banyak akan slow loading)

Saya nak orang berurusan dengan saya secara natural bukan sebab screenshot sebab kadang-kadang screenshot ni boleh direka-reka...betul tak??? Tapi takpe saya letak la sikit untuk tatapan korang ye...

SELAMAT DATANG KE KEDAI KOSMETIK ONLINE MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE KEDAI KOSMETIK ONLINE MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE KEDAI KOSMETIK ONLINE MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE KEDAI KOSMETIK ONLINE MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE KEDAI KOSMETIK ONLINE MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE KEDAI KOSMETIK ONLINE MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE KEDAI KOSMETIK ONLINE MALAYSIA

Tujuan saya tulis artikel ini adalah sebagai satu penghargaan untuk diri sendiri sebab telah berjaya bertahan selama setahun menjalankan perniagaan secara online(sambilan je) dan sebagai ucapan "WELCOME" kepada mereka yang baru menjejakkan kaki kesini huhuhuhu...Terima kasih sebab sudi singgah

Ingin di ingatkan disini,saya tidak berminat berurusan dengan mereka yang suka marah-marah seller,suka meroyan,kurang bersabar dan apa-apa jua sikap yang negatif sebab saya paling tak suka stress ketika berurusan dengan customer...Saya nak berurusan dengan tenang dan aman tanpa ragu-ragu

Kalau korang whatsapp saya untuk tanya barang pastikan korang bagitahu ke mana korang nak saya pos barang korang....Bagitahu negeri...Ada kes yang saya dapat dia bagitahu hantar kerumah dia dan assume saya tahu rumah dia kat mana huhuhuhu...padahal baru firstime whatsapp saya....yang kes ni memnag krik krikkk sungguh...Bila tanya lagi kat mana rumah dia boleh bagitahu nama taman je...huhuhuhu...rasa nak nagis je taw

Saya harap saya tak jumpa lagi kes yang macam ini ya...Jangan fikir saya tahu semua tempat...Kan lebih senang korang whatsapp terus bagi nama produk dan nama negeri yang nak saya pos dan saya dengan efisyennya akan terus reply harga berserta kos pos...Kan jimat masa nak berurusan kat situ kannn...hehehe

Sebelum saya terlupa kos pos bergantung pada size @ berat barang...Kalau korang beli barang yang kecil boleh lah join pos...bukan setiap satu barang yang korang beli tu saya charge pos...Semua ni bergantung pada jumlah barang yang korang beli

In Sya Allah saya sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk korang sebab saya adalah manusia biasa juga yang mencari rezeki macam orang lain. Korang yang dah berjaya terima barang daripada saya sangat-sangat digalakkan untuk komen sesuatu kat bawah ni sebagai tanda korang dah pun terima servis saya...Itupun kalau korang sudi hehehe...

Setiap masalah yang berlaku dalam proses jual beli dengan saya akan saya selesaikan secepat mungkin tanpa ragu-ragu...Saya nak berniaga lama...bukan sehari dua...korang tak perlu risau berurusan dengan saya. Kalau rasa ragu-ragu berurusan dengan saya korang boleh cari seller lain yang lebih dipercayai dan kalau korang yakin dengan saya you are welcome untuk berurusan dengan saya

Kalau ada apa-apa kemusykilan korang boleh bertanya diruangan komen @ boleh terus whatsapp saya. Begitulah serba sedikit info berkaitan kedai kosmetik online malaysia sebagai pengenalan saya buat korang semua. Diharap semua akan faham dan berpuashati dengan apa yang saya cuba sampaikan. Maafkan saya jika ada tersalah kata tersilap bahasa...Jumpa lagi di whatsapp

Wassalam



0 comments: