BRAND ZM BEAUTY

INAI RAMBUT HALAL

Thursday, August 17, 2017 Zuraini Muhammad 0 Comments

Assalammualaikum....
Hi korang...saya kembali untuk mencoret sedikit update ringkas entri yang ke-3 untuk hari ini...Saya nak update pasal INAI RAMBUT HALAL. Saya update ni bukan sebab nak promote je tapi nak tinggalkan sedikit pesanan pada korang semua yang mencari-cari inai yang halal untuk letak atas kepala a.k.a rambut la...hehehe...sebelum tu jom kita tengok gambar dulu....

INAI RAMBUT HALAL

Haaaa...ini dia inai serbuk asli ya...kalau nak cari inai rambut untuk cover uban @ rawat rambut bermasalah boleh guna inai ni. Inai ni inai asli...Inai ni warnanya perang keorenan...korang baca betul-betul perang keorenan...sebab ramai yang mesej saya tanya inai asli tapi tanya saya ada warna apa??? oh my God...krik krikkk kejap saya...

INAI RAMBUT HALAL

Tu saya dah siap tulis nota kaki untuk yang masih tak tahu lagi warna inai asli sebab mungkin mereka keliru inai asli dengan inai warna rambut yang selalu orang jual tu...tapi takpelah...saya bagitahu je kat sini sekali lagi bagi orang yang tak tahu tu jadi tahu...

INAI RAMBUT HALAL

Lepas ni kalau ada sesiapa yang tersesat kat sini dan nak beli  INAI RAMBUT HALAL ni korang jangan tanya ada warna apa ya...sebab inai asli ada 1 warna je...Kalau korang nak hitamkan uban,inai asli tidak akan boleh lakukan hokey...saya cakap terus terang supaya tiada masalah yang menimpa saya kemudian hari hehehe...serius nampaknya disitu...hehehe

INAI RAMBUT HALAL

Sengaja saya letak banyak-banyak gambar INAI RAMBUT HALAL ni supaya korang ingat...bila fikir inai je teringat INAI RAMBUT HALAL by ZM Beauty haaa giteww...hahaha...gurau je...

1 peket ni isinya 100gram...Korang boleh guna 2 @ 3 kepala ikut kepanjangan rambut...Kalau rambut lelaki boleh pakai 5 @ 6 kali...Cara nak pakai tak susah pon...korang bancuh je serbuk ni dengan air ...agak-agak je...jangan cair sangat dan jangan pekat sangat...sesedap rasa bancuhan tu nah menepek kat rambut korang...

Kalau pekat kang susah pula nak letak...seketol je tercongok kat situ...Kalau cair sangat meluncur-luncur pula jatuh kat tengkuk dan dahi korang...Haaaa kat situ gunanya agak-agak ye anak-anak...hehehe

Bila inai serbuk dah jadi bancuhan yang cun korang leh tepek inai tu kat rambut korang. Lepas 2 @ 3 jam boleh dah cuci...Cuci dengan air yang banyak sampai sisa-sisa inai tu hilang...Tak perlu syampu lagi tawww...

PERINGATAN !!!
Pastikan korang basuh bersih2 rambut korang tu dan keringkan sebelum mula menginai rambut

Lepas settle cuci tu boleh dah keringkan rambut...Inai rambut ni bukan sahaja untuk cover uban taw tetapi banyak manfaat lain yang boleh kita dapat daripada amalan menginai rambut. Antara manfaatnya adalah:

~ Membantu merawat rambut rosak
~ Menguatkan rambut
~ Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
~ Mengurangkan rambut gugur
~ Merawat kelemumur
~ Mencantikkan rambut
~ Membunuh bakteria yang bersidai kat rambut
~ Jadikan rambut korang shining

Haaa...itu adalah manfaat yang saya ingat pasal amalan menginai rambut...Kalau korang nak tahu amalan ni memang dah wujud dari zaman dahulu lagi...Kalau korang tak percaya nanti balik kampung korang boleh tanya kat moyang korang eh...hehehe(saya ambil yang paling tinggi)

Baiklah...cukup setakat ni kupasan saya mengenai INAI RAMBUT HALAL...kalau tak faham boleh tanya...malu bertanya sesat jalan taw cikgu saya cakap masa darjah 1 dulu...hehee...jumpa lagi...

BUAT JENAMA SENDIRI

-
-
-
-
-
Korang kalau nak beli boleh terus tekan icon whatsapp kat bawah ni ya saya tungguuuu...hehehe
Wassalam

KLIK SEKARANG UNTUK ORDER ( KEDAI KOSMETIK ONLINE)

0 comments: